Harga emas turun, mari cepat-cepat beli!!!
Masa yang dinanti-nanti oleh kebanyakan kita telah pun tiba, harga emas telah turun!! Untuk hari ini, harga pasaran untuk emas999 adalah RM208.00/g dan emas 916 adalah RM197.00/g. Turun sebanyak RM8.00/g berbanding harga yang lepas. Hafiz Jewel menawarkan diskaun sebanyak RM14.00/g untuk emas tersebut menjadikan harga jualan kami pada RM194.00/g (emas999) dan RM183.00/g (emas916).
Khusus kepada mereka yang berminat dengan pre-loved items, lebih diskaun akan diberikan. Pre-loved items, atau used gold ini secara fizikal adalah sama seperti emas baru tapi mungkin warnanya agak pudar atau kelam sedikit. Ia akan melalui proses reconditions; satu proses yang hampir sama dilalui oleh emas baru di kilang-kilang yang melibatkan reshaping, cleaning, polishing dan replating. Kami memberikan diskaun sebanyak RM33.00/g bagi pre-loved items, menjadikan harga jualannya hanya RM164.00/g. Harganya amat kompetetif dan sangat sesuai bagi tuan-puan yang berhajat untuk membuat simpanan/pelaburan emas.
Kami tidak dapat memuatnaik gambar2 emas plain 999 dan 916 ini item per item ke dalam online shop kami hafizjewel.com/shop kerana kebiasaannya perhiasan2 ini akan dijual dengan cepat. Adalah lebih baik sekiranya tuan-puan dapat hubungi saya terlebih dahulu sebelum ke kedai, untuk saya maklumkan samada kami masih mempunyai pre-loved items pada satu-satu masa kerana stoknya agak terhad.
Terima kasih
Hadi
0387395415
01112171202
P/S: Kami memohon maaf kepada pengunjung setia hafizjewel.com kerana sudah agak lama tidak update website ni atas faktor kekangan masa
Kami bercuti panjang semasa Hari Raya Eidulfitri, kemudiannya ada staf kami baru mendirikan rumah tangga manakala dua orang lagi baru menerima cahaya mata. Alhamdulillah rezeki bulan Syawal
Insya ALLAH kami akan bergerak seperti biasa selepas ini, bahkan akan bergerak dengan lebih pantas untuk memberikan informasi dan servis terbaik kepada anda semua.
Oh ya, sebelum saya terlupa insya ALLAH sesi bidaan Hafiz Jewel akan diteruskan seperti biasa, dan bidaan siri 12 akan dimulakan dalam minggu ini juga
Item apa agaknya yang akan ditawarkan kali ini? Tunggu yaaa










Leave a Reply