Lelongan siri 13: Loket Emas LZ0899
Terima kasih kepada semua rakan pembida yang setia menunggu. Diperkenalkan item bidaan Hafiz Jewel siri 13 bulan November 2011. Loket emas berikut dilelong pada harga mula RM9.90. Lelongan dimulakan pada Jumaat, 3November 2011 jam 12:00 tengah hari dan akan tamat tepat jam 11:59 pagi Selasa, 29 November 2011.
Perincian loket:
Kod: LZ0899
Kualiti emas: 750 @ 18K
Berat: 1.0g
Batu: Zirconia
RRP: RM280.00
Terma dan syarat:
1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
2. Berdaftar dengan kami sebagai pembida yg sah melalui akaun facebook di facebook.com/hafizjewel melalui email ID yang anda berikan.
3. Meletakkan nilai bidaan dengan jelas di ruangan komen barangan bidaan yg disediakan. Bidaan yang diletakkan pada ruangan lain tidak akan diterima.
4. Minimum harga untuk setiap unit bidaan adalah RM0.10. Ini bermakna sekiranya harga mula RM9.90, bidaan seterusnya adalah sekurang-kurangnya adalah RM10.00.
5. Sesuatu nilai bidaan mestilah diletakkan lebih tinggi dari bidaan sebelumnya. Sekiranya ada bidaan-bidaan yang sama nilainya, bidaan yg terawal akan diambilkira.
6. Bidaan tertinggi pada saat berakhirnya bidaan bagi sesuatu sesi dikira pemenang iaitu pada jam 11:59am bagi setiap sesi. Kami akan ‘approve’ semua bidaan dalam tempoh tersebut, manakala bidaan pada jam 12:00 tengahari dan ke atas akan tidak diterima. Penentuan masa adalah berdasarkan kepada jam internet@server www.hafizjewel.com; iaitu waktu yang dipaparkan di ruangan sesuatu komen (di bahagian atas komen anda).
Kami amat mengharapkan budi bicara tuan puan sepanjang berlangsungnya sesi bidaan ini. Kami menyimpan email ID dan facebook ID bagi semua pembida, sekiranya ada yang tidak jujur, email anda akan digantung dan tidak lagi dibenarkan utk menyertai bidaan yg akan datang. Hafiz Jewel memberi jaminan tidak akan ada sebarang unsur penipuan dari pihak kami sepanjang proses bidaan. Staf dan keluarga terdekat juga dilarang menyertai bidaan ini.
Setiap keputusan adalah muktamad, namun kami menerima sebarang cadangan penambaikan untuk kebaikan semua di masa hadapan.
Diskaun:
Semua pembida perlu berdaftar menjadi rakan facebook kami untuk menyertai bidaan, anda juga digalakkan menjadi follower website kami dan menyertai program affiliate. Selain daripada layak untuk menikmati harga diskaun berjumlah sehingga 15%, pendaftaran ini juga adalah sebagai sebuah mutual understanding bahawa rakan-rakan pembida semua adalah genuine bidder.
Untuk mendapatkan diskaun 5%, semua pembida perlulah berdaftar sebagai rakan FB Hafiz Jewel sekurang-kurangnya 7 hari sebelum bermulanya sesuatu sesi bidaan. Sekiranya kurang dari tempoh tersebut, diskaun hanya akan diberi untuk sesi bidaan seterusnya.
Untuk mendapatkan lagi 5% diskaun, rakan pembida perlulah menjadi follower kepada website hafizjewel.com sekurang-kurangnya 7 hari sebelum bermulanya sesuatu sesi bidaan. Sekiranya kurang dari tempoh tersebut, diskaun hanya akan diberi untuk sesi bidaan seterusnya.
Untuk mendapatkan tambahan 5% lagi, rakan pembida perlu menyertai program affiliate kami DAN meletakkan banner kami di website anda. Banner perlu diletakkan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum bermulanya sesuatu sesi bidaan. Sekiranya kurang dari tempoh tersebut, diskaun hanya akan diberi untuk sesi bidaan seterusnya.
Sila klik page bidding registration untuk maklumat lanjut.
Pembayaran dan pengambilan hadiah:
Kami akan menghubungi pemenang sejurus selepas tamatnya sesi bidaan untuk urusan pembayaran dan pengambilan hadiah. Kami amat menggalakkan para pemenang untuk mengambil hadiah kemenangan di pejabat kami, dan acara ini akan dimasukkan ke dalam laman web kami. Sekiranya mengalami kesulitan, pemenang boleh menghantar wakil untuk menuntut hadiah. Sekiranya faktor jarak menjadi masalah, kami sedia menghantar barangan tersebut melalui perkhidmatan pos dengan kos P&P ditanggung oleh pihak pembeli. Bayaran boleh dibuat ketika datang mengambil hadiah di kedai kami (dalam masa 7 hari), dan sekiranya khidmat P&P diperlukan bayaran perlu dibuat dalam masa 3 hari melalui online banking dari tarikh tamat bidaan. Ini adalah penting kerana kami akan memaklumkan para pemenang beserta hadiah masing-masing melalui laman web kami apabila tamatnya satu-satu sesi bidaan.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui ruangan komen, email atau terus menelefon kami. Alternatively artikel2 sebelum ini berkenaan sesi lelongan boleh diperolehi menerusi kategori ‘artikel’, ‘lelong’ dan ‘guide’.
Terima kasih.










November 5th, 2011 at 4:50 pm
sy bid 100
Reply
November 7th, 2011 at 9:00 am
15
Reply
November 9th, 2011 at 11:23 am
101
Reply
November 10th, 2011 at 8:07 pm
102
Reply
November 11th, 2011 at 4:05 pm
103
Reply
November 12th, 2011 at 12:02 pm
saya bid 16
Reply
@wandy, sila mendaftar sebagai rakan FB Hafiz Jewel untuk melayakkan anda menjadi pembida yg sah. TErima kasih.
Reply
November 12th, 2011 at 12:13 pm
bid 104
Reply
@imran, sila mendaftar sebagai rakan FB Hafiz Jewel untuk melayakkan anda menjadi pembida yg sah. TErima kasih.
Reply
November 13th, 2011 at 1:35 am
104
Reply
November 13th, 2011 at 9:35 pm
104.50
Reply
November 16th, 2011 at 8:49 am
105
Reply
@hakimadnan, sila mendaftar sebagai rakan FB Hafiz Jewel untuk melayakkan anda menjadi pembida yg sah. TErima kasih.
Reply
November 16th, 2011 at 5:20 pm
105.50
Reply
November 21st, 2011 at 8:31 pm
106
Reply
@sharif, sila mendaftar sebagai rakan FB Hafiz Jewel untuk melayakkan anda menjadi pembida yg sah. TErima kasih.
Reply
November 22nd, 2011 at 11:54 am
106.10
Reply
@Maimon Abu Hashim, sila mendaftar sebagai rakan FB Hafiz Jewel untuk melayakkan anda menjadi pembida yg sah. TErima kasih.
Reply
November 23rd, 2011 at 8:44 am
106.20
Reply
November 24th, 2011 at 6:14 pm
106.3
Reply
November 25th, 2011 at 9:50 am
106.30
Reply
November 25th, 2011 at 12:11 pm
200.00
Reply
November 25th, 2011 at 12:12 pm
150.00
Reply
November 28th, 2011 at 10:25 pm
205.00
Reply
@ana rose, sila mendaftar sbg rakan fb hafiz jewel utk melayakkan bidaan anda diterima. Terima kasih
Reply
@Hafizjewel, oleh kerana rekod kami tidak menunjukkan email anda berdaftar sebagai rakan FB, dukacita kami maklumkan bidaan anda tidak dapat diterima. Terima kasih.
Reply
@ana rose, oleh kerana rekod kami tidak menunjukkan email anda berdaftar sebagai rakan FB sehingga tamantnya sesi bidaan, dukacita kami maklumkan bidaan anda tidak dapat diterima. Terima kasih.
Reply
November 29th, 2011 at 10:20 am
salam…admin pls update harga bid…tq
Reply
@zjanna, buat masa ini bidaan tertinggi adalah rm205 oleh cik asnawati. Dalam masa 6 jam terakhir ini kami akan approve semua bidaan.
Reply
November 29th, 2011 at 11:44 am
Tinggal 15 minit shj sblm tamat, bidaan tertinggi adalah rm205. Tuan puan boleh terus letakkan bidaan yg dirasakan sesuai, wlpn ianya lebih rendah dari bidaan sebelumnya. Pemenang aksn kami maklumkan selepas kami sahkan pembida yg brjaya adalah rakan fb kami. Sekiranya tidak, kami akan umumkan pembida kedua sbg pemenang. Terima kasih
Reply
November 29th, 2011 at 12:02 pm
Sesi bidaan secara rasminya kini telah tamat. Kami akan maklumkan nama pemenang dalam sedikit masa lagi. Terima kasih.
Reply
November 29th, 2011 at 2:54 pm
Pemenang sesi bidaan siri 13 secara rasminya adalah Cik Rozita Abd Samad pada bidaan bernilai RM200.00. Walaupunbagaimanapun diskaun sehingga 15% akan diberikan sekiranya menjadi rakan FB, menjadi follower website dan mendaftar program affiliate. Kami akan menghubungi cik dalam sedikit masa lagi. Tahniah kami ucapkan. Terima kasih kepada semua rakan pembida, nantikan siri bidaan ke 14 tidak lama lagi.
Reply